Masih Ada 87,000 Tiket Bas Untuk Balik Kampung Raya Ni, Ada Yang Masih Cari Tiket?




Jika korang dah mula risau kalau-kalau tiket bas habis, harapnya berita ni dapatlah kurangkan kerisaukan korang tersebut. Dikhabarkan, masih terdapat kira-kira 87 ribu tiket bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk korang balik beraya.

Namun, tiket-tiket yang dinyatakan tersebut adalah khusus untuk perjalanan ke utara dan pengurus Kanan Operasi TBS mengesahkan yang tiket ke pantai timur telah habis terjual.

Sempena Aidilfitri tahun ini, sebanyak 192 ribu tiket disediakan bagi perjalanan dari 12 hingga 19 Jun dan tiket paling banyak terjual pada 13 Jun.

Tambah Faizal Redza lagi, TBS akan sentiasa memantau keadaan semasa dan bersedia untuk bekerjasama dengan pihak operator bas untuk menambah perjalanan sekiranya permintaan untuk tiket perjalanan tersebut adalah tinggi.

Untuk korang yang belum atau nak dapatkan tiket, dimaklumkan yang kaunter tiket di TBS beroperasi 24 jam tau. Dan selain daripada tu, terdapat 12 mesin layan diri yang disediakan. Tapi kalau korang jenis tech-savvy, beli ajelah online dekat website. Link dekat bawah…

BELI TIKET BAS BALIK KAMPUNG =D