Mat Salleh Ni Review Flight MAS - Kata Dia "HORROR"

TERKINI
November 23, 2018 - 10:49 AM


Josh Cahill ni YouTuber terkenal review perkhidmatan penerbangan serata dunia. Baru-baru ni dia ada mengambil penerbangan dari KLIA ke Heathrow. Permulaan video dia dah preview betapa teruknya perkhidmatan MAS. Kami pun tak percayalah dan terus menonton video dia sampai habis. Video ada di hujung artikel ni.

Pertama tak puas hati dengan tempat duduk dia, lokasi teruk katanya. Kedua alat hiburan "inflight" dia tidak berfungsi dan terus dia beri tahu pramugara yang konon nya tidak sopan dalam respon dan buat tak endah permintaannya. Seterusnya dia kata makanan tak berapa menyelerakan dan "tray" kotor".

Memandangkan dia buat review dan kebetulan dalam penerbangan MAS ada Wifi dia terus muat naik ke akaun Instagram dia. Pada kami ini tindakan yang tidak berapa bijak. Kerana tidak lama selepas itu pramugara datang kembali dan kononnya dengan kasar menyoal dia dengan siapa dia menghantar masej. Ini kata dia lah... dah "channel" YouTube dia. Tak habis-habis nak komplen je kerja dia dalam video ni.

Semestinya pihak pengurusan MAS dapat maklumat dan terus berkomunikasi dengan kapten penerbangan tersebut untuk memastikan keselesaan Mat Salleh ni. Tapi korang cuba bayangkan siapa tak bengang bila tiba-tiba pihak pengurusan yang beri tahu ada penumpang yang tak puas hati dengan perkhidmatan di tengah-tengah penerbangan? Kalau betul niat dia baik, dia selesaikan masalah dia dulu sebelum "UP" dekat media sosial.

Kami rasa dia hanya nak sensasi kan YouTube dia yang sendu tu. Purata "views" video dia berpuluh ribu je. Apa-apapun MAS meminta maaf dan tawarkan "refund" yang mat salleh ni kata derma ke badan amal je. Tapi tak habis disitu, dia pergi pulak menghubungi CEO MAS, Izham Ismail. Dan dia kata CEO MAS tak kisah pasal apa yang berlaku kepada penumpang. Wah wah mat salleh ni... cakap macam dia je reti menguruskan syarikat penerbangan. Kepada Josh Cahill kami nak pesan... Orang Berbudi, Kita Berbahasa. Orang Memberi, Kita Merasa.