McDonald's Tawarkan Buku Untuk Hidangan Happy Meal

TERKINI
February 21, 2019 - 10:45 AM


Bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.

Bagi memupuk minat membaca seawal usia kanak-kanak, McDonald's Malaysia menawarkan buku cerita bersiri dalam dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dengan setiap pembelian Happy Meal di restoran seluruh negara.

Rangkaian makanan segera itu memperkenalkan program Happy Meal Readers yang menyaksikan kerjasama dengan penulis dan pelukis ilustrasi terkenal dunia iaitu Cressida Cowell melalui siri buku bertajuk 'Treetop Twins Adventures'.

Terdapat 12 cerita akan dipaparkan melalui buku bersiri ini yang dihasilkan secara eksklusif untuk McDonald's serta bakal dikeluarkan pada setiap bulan sepanjang tahun ini.

Lepas ini ibu bapa yang belikan set Happy Meal untuk anak-anak bolehlah pilih untuk dapatkan buku cerita tersebut. Sambil mereka makan, boleh juga belajar membaca bersama ibu bapa. Kan seronok!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by McDonald's Malaysia (@mcdonaldsmalaysia) on