MIN : D Semua Dah Sedia Nak Jumpa Kim Jae Hwan?

TERKINI
July 23, 2019 - 10:45 AM


Para peminat Jae Hwan atau lebih dikenali sebagan MIN : D ini pastinya tak sabar untuk bertemu dengan Jae Hwan yang turut mesra dipanggil Jaehwan dalam kalangan peminatnya di Korea Selatan.

Bekas ahli kumpulan Wanna One ini bakal ke Malaysia sebagai artis solo sempena 2019 KIM JAE HWAN FAN MEETING  [ MIN : D ] IN KUALA LUMPUR yang akan berlangsung hujung minggu ini di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam.

[ 2019 KIM JAE HWAN FAN MEETING [ MIN : D ] IN KUALA LUMPUR ]

Beruntungnya peminat Jaehwan di Malaysia, penyanyi tampan ini akan bertemu peminatnya di Kuala Lumpur pada 27 Julai 2019 nanti di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam pada jam 6 petang.

Kalau nak dapatkan tiket, tiket konsert dijual pada harga RM282 (Zon Ungu), RM382 (Zon Kuning), RM482 (Zon Merah), RM582 (Zon A) dan RM692 (Zon VIP).

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web atau media sosial rasmi UnUsUaL Entertainment dan MacpiePro.

Laman web :

UnUsUaL Entertainment | MacpiePro