Mungkinkah Barcelona FC Akan Keluar Dari La Liga Jika Catalonia Menjadi Sebuah Negara Merdeka?

October 30, 2017 - 11:10 AM


Krisis antara Catalonia dan Sepanyol sudah berlarutan bertahun lamanya. Tidak hairanlah ramai yang mengjangkakan Catalonia akan menjadi sebuah negara baru di Eropah kelak. Ibu negeri Catalonia yang terletak di Barcelona merupakan antara penyumbang ekonomi terbanyak untuk Sepayol selain dari Madrid.

 

Salah satu kelab bola sepak terbesar di Eropah iaitu Barcelona FC mungkinkah akan keluar dari saingan La Liga? Ini mungkin terjadi namun masih belum pasti. Mungkin juga Calalonia akan membentuk liga sendiri? Maklumlah negara kaya kot. 

 

Tak syok lah kalau Barcelona dah tak der dalam La Liga nanti. Saingan El Clasico dah tak der lah pasni...

 

Setakat ini rakyat Catalonia telah pun mengundi untuk keluar dari Sepanyol, namun keputusan masih belum buat oleh Perdana Menteri Sepanyol. 

 

 

Parlimen Catalonia semalam mengumumkan bahawa wilayah itu kini sudah merdeka daripada Sepanyol. Krisis ini bermula sejak awal bulan lagi apabila wilayah Catalonia membuat satu referendum yang kontroversi untuk menjadi sebuah negara independent.

 

Dengan undian parlimen Catalan 70 setuju, 10 tidak setuju dan 2 berkecuali, Catalonia secara undian telah merdeka daripada Sepanyol. Walaupun Catalonia mengisytiharkan kemerdekaan daripada Sepanyol, Catalonia masih belum boleh bergembira kerana Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy tidak akan dengan mudah melepaskan wilayah berkenaan.

 

Beliau mahu semua pihak bertenang dan berkata undang-undang akan ditegakkan di Catalonia. Mariano Rajoy akan menggesa para senatornya untuk berkata ‘yes’ kepada usul kerajaan pusat untuk melaksanakan Artikel 155 dalam Perlembagaan Sepanyol.

 

Artikel 155 akan memberi kuasa kepada kerajaan pusat memecat pemimpin kerajaan Catalonia dan kemudiannya mengambil alih hal ehwal wilayah berkenaan secara direct rule. Secara dasarnya, kerajaan pusat ingin merampas Catalonia kembali dengan Artikel 155.

 

Jika berlaku rampasan kuasa daripada kerajaan pusat, ianya pasti akan menegangkan lagi krisis Sepanyol dan Catalonia ini. Catalonia ialah wilayah terkaya di Sepanyol dan merupakan antara penyumbang terbesar kepada ekonomi Sepanyol selain Madrid. Perpecahan ini nyata akan menjejaskan banyak perkara dan yang pasti, pasukan bola sepak terkenal Barcelona di ambang meninggalkan La Liga tahun depan.