Natizen Terkejut Elyana Umum Ada Kanser Tahap 4 di Gegar Vaganza

TERKINI
November 26, 2017 - 11:52 PM


Konsert Gegar Vaganza 4 minggu kelima baru sahaja berakhir. Pada minggu ini nampaknya gegaran penyanyi Elyana terhenti. Namun apa yang buatkan natizen agak terkejut Elyana mengumumkan bahawa dia merupakan seorang pesakit kanser tahap 4.

 

Rata-rata terdiam dengan berita sedih itu kerana dengan perwatakan Elyana yang begitu riang di atas pentas mahupun di luar. Macam tak percaya pun ada. 

 

Walaubagaimanapun peminat masih lagi tidak tahu kanser jenis apa yang di hidapi oleh Elyana tetapi ada beberapa pengguna facebook mengatakan Elyana menghidapi kanser Limfoma tahap 4. Semoga Elyana terus tabah dan kuat menghadapi dugaan ini. 

 

U so strong girl... keep fighting!! 

 

 

Perjuangan penyanyi Elyana di pentas Gegar Vaganza musim keempat (GV4) terhenti apabila diumumkan tersingkir dalam pertandingan itu yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini, Ahad.

Pada konsert minggu kelima ini, Elyana menyanyikan lagu Sepi , dendangan asal penyanyi Yuni Shara yang mendapat markah terendah daripada juri profesional.

Ia menampilkan Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang sebagai juri tetap manakala Datuk M.Nasir tampil sebagai juri jemputan.

"Lagu yang diberi agak mencabar, semasa menyanyikan lagu bernada tinggi kamu sangat bagus, tapi bila nada rendah agak flat dan mendatar," kata Hetty.

Kesemua peserta diadili 100 peratus menerusi pemarkahan juri.

Minggu ini bertemakan 'kaum kerabat'  di mana setiap bintang GV4 diberi cabaran menyanyikan lagu penyanyi yang mempunyai pertalian persaudaraan sesama artis dalam industri.

Meskipun tersingkir, Elyana pulang tanpa tangan kosong apabila memenangi Anugerah Gelora Vida Vaganza.

Dalam pada itu ketika membuat ucapan, Elyana turut memaklumkan dia penghidap kanser pada peringkat empat dan meminta individu lain yang mempunyai penyakit sama agar terus kuat menempuh ujian itu.

Artis yang mara ke minggu hadapan ialah Aqasha, Firman, Hazami, Lan, Tia (Jinbara), Aishah, Liza Hanim dan Syura.

Gegar Vaganza 4 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Juara Gegar Vaganza musim keempat ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara.

Tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.