Netizen Ini Cakap Altimet Dah Tak Laku, Tapi Jawapan Altimet Memang Win!

TERKINI
January 23, 2018 - 05:18 PM


Terlajak perahu boleh diundur, terlajak bahasa… Buruk padahnya!

Itulah antara balasan ‘pedas’ Altimet kepada salah seorang netizen yang melabel dirinya ‘dah tak laku’ di salah satu posting di Instagram.

Terkenal dengan perwatakan yang cool dan selamber, Altimet ternyata ada caranya yang tersendiri untuk luahkan pendapatnya tentang perkara tersebut.

Kalau artis lain, mungkin dah muat naik video ataupun kapsyen yang berbunyi tidak puas hati, tetapi cara Altimet nak tutup mulut netizen seorang ni memang terbaik! Sedikit sebanyak macam berbaur sindiran pun ada.

 

Ini komen yang ditinggalkan netizen terbabit :

 

Cuba baca betul-betul… Walaupun Altimet tidak mention siapa-siapa, tetapi siapa makan cili dialah rasa pedasnya betul tak?

 

“Aku ni bukan la kaya, tapi kalau aku cakap aku tak cukup makan, aku penipu la.

Tiap tiap hari aku keluar rumah aku doa dapat rezeki cara halal, utk aku & masa depan famili aku. 

Kerja aku ni takde gaji tetap, takde kwsp, tak boleh claim kat majikan kalau pergi klinik ke apa ke. 

Jadi aku kena la pandai2 uruskan duit aku. 

Takde orang nak jaga aku selain aku, kan?
Jadi kat sini aku nak mintak maaf lah, lagu aku tak laku macam artis lain, takde la sampi 2 juta jualan dia. 1 juta ada, 2 juta blom cecah lagi. 

Maafkan aku kalau aku tak beli benda2 mewah pastu tayang kat media sosial. Kalau aku buat macam tu mungkin orang kata aku dah masyuk.. 

Maafkan aku sebab aku guna duit lebih aku utk simpanan hari tua melalui amanah saham.

Maafkan aku sebab aku guna duit pendapatan aku utk bayar hutang aku dgn lebih cepat. 

Aku tau ramai orang kita tak nak lihat artis2 kita berperangai macam aku, sebab perangai aku ni membosankan. Diorang nak tengok artis gi melancong, beli kereta lawa2, beg2 mewah. Baru best. Betul kan? 

Aku Luncai dlm industri ni, biarkan aku terjum dgn labu labu aku. 

Selamat menyambut Hari Isnin semua.


Aku Lelaki Lemah, Aku Hamba.”

 

Ha, itulah netizen, main sedap mulut je… Kan dah kena ‘sekolah’. Jangan ingat semua orang suka menunjuk-nunjuk.

Nah, dengar cover lagu Amboi daripada Sophia De Fam ni... memang kena dengan topik...

 

Sumber : FB | Altimet