Netizen Tak Malu Buli Budak Umur 9 Tahun.



Mangsa terbaru netizen adalah cucu Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi. Seperti sudah sedia maklum datuk beliau didakwa oleh SPRM diatas beberapa kes berat. Ramai juga yang menyalahkan ibu beliau diatas perihal didikan dan pengaruh keatas minda mentah adik ni. Tetapi itu bukan fokus kami disini. Apa yang menjadi tanda tanya kami adalah, kenapa netizen pantas mencela seorang kanak-kanak di media sosial? Ini adalah satu kes pembulian siber.

 

 

Issue pembulian siber telah lama diperkatakan dan pernah berlaku banyak kes dimana mangsa buli siber pernah sampai tahap membunuh diri akibat tekanan yang dihadapi. Seperti kes seorang remaja Texas di Amerika Syarikat, Brandy Vela yang hanya berusia 18 tahun telah membunuh diri dirumah keluarganya akibat tidak tahan diejek dan dibuli di media sosial. Adakah minda sementah umur 9 tahun dapat menahan ejekan dan pembulian siber netizen tanpa apa-apa kesan sedikit pun? Mungkin tidak nampak kesan nya sekarang tetapi pada masa akan datang siapa yang tahu?

Janganlah kita menjadi masyarakat yang tidak berhati perut. Pada kami tiada salah yang dilakukan adik perempuan ini. Walaupun ada kemungkinan dia membuat video tersebut atas suruhan orang lain. Tetapi amat jelas sekali adik ini amat menyayangi datuk beliau dan semestinya inginkan yang terbaik. Sama seperti kanak-kanak lain yang mempunyai datuk dan nenek. Kami berharap dan mendoakan adik ini menjadi rakyat yang berguna kepada masyarakat kelak. Amin.