Netizen Tersentuh Baca Luahan Hati Zulin Aziz Berkenaan Jodoh



Pelakon dan penyampai radio Zulin Aziz memberi bayangan seolah-olah dirinya sudah bertemu jodoh dan bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi.

Menurut posting di Instagram, Zulin berkata beliau hanya mampu merancang dan segala hal-hal berkaitan diserahkan kepada ketentuanNya.

Luahan yang menyentuh hati berkenaan dimuat naik oleh Zulin dalam beberapa siri Insta Story miliknya semalam.

“Yang kita nak itu tak selalunya indah dan kadang yang kita taknak itulah yang terbaik” tambahnya lagi.

Aku sudah beri mereka waktu. Ternyata yang dikehendaki ku itu tidak menghargai waktu yang diberi malah mensia-siakan dan menghukum waktu dalam segala hal. Hari ini kita sihat, esok belum tahu.

“Hari ini kita hidup, esok belum tentu begitu juga jodoh. Hari ini dijodohkan esok juga belum pasti. Jadi aku buka hati lalu pilih dan tawakal.

Rata-rata netizen menghujani ruangan komen instagram Zulin dan menyatakan kegembiraan mereka dan ada juga yang dikatakan tak sabar untuk melihat Zulin ke jinjang pelamin.

Zulin juga ada memuat naik foto baju kahwin dengan kapsyen “InsyaAllah, Amin.Semoga dipermudahkan” menguatkan lagi teori yang beliau berkemungkinan bakal mengakhiri zaman bujangnya.