New Zealand Siar Solat Jumaat Secara Langsung Pada Hari Ini



Semalam Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern membuat pengumuman bahawa azan solat Jumaat akan disiarkan secara langsung di seluruh negara tersebut hari ini. Orang ramai juga diminta untuk berdiam tanda hormat selama dua minit selepas laungan azan.

Tambah Jacinda, tindakan ini adalah untuk menzahirkan rasa sokongan kepada komuniti Islam semasa mereka kembali ke masjid hari ini. Masjid al-Noor yang menjadi serangan keganasan baru-baru ini telah dibaikpulik secara kecil-kecilan sebelum digunakan untuk solat fardhu Jumaat hari ini. Solat Jumaat hari ini akan dikawal ketat dan dipantau persekitaran masjid oleh pihak polis.

Selain itu, bermula semalam hingga hari ini juga berlangsung kempen ‘Hijab Day’ di seluruh dunia sebagai tanda sokongan untuk komuniti Islam. Semalam semua pelajar perempuan di University of Otago, New Zealand hadir ke kuliah memakai selendang atau tudung sebagai tanda sokongan. Anggota keselamatan seperti polis juga tidak ketinggalan dalam menzahirkan rasa hormat dan sokongan terhadap komuniti ini di New Zealand.

Manakala surat kabar utama New Zealand (The Press) hari ini juga menggunakan gambar Salam, Peace di muka depan sebagai tanda memberi sokongan dan berkabung untuk mereka yangterkorban dalam kejadian yang menyayat hati menimpa mangsa baru-baru ini.