"Ni Mesti Lupa Bawa Beg Plastik" - Viral Video Penunggang Motosikal "Iring" Troli

TERKINI
September 01, 2023 - 02:42 PM


Rakyat Malaysia ni memang terkenal dengan sifat ramah, penyayang dan juga penuh sopan santun. Namun, ada juga kerenah orang kita yang kadang-kala buat kita rasa pelik sampai garu kepala. Contohnya kerenah pengguna jalan raya.

Baru-baru ini viral satu video, yang memaparkan sisi kreatif seorang penunggang motosikal.

Video yang dimuatnaik di group Facebook "We Are Malaysian" mendapat reaksi yang pelbagai dari pengguna media sosial. Berdasarkan video, insiden yang dipercayai berlaku di Subang Jaya ini memaparkan seorang penungang motosikal dan seorang penumpang mengusuung satu troli yang penuh dengan barangan.

Video tersebut berjaya di rakam melalui dashcam seorang pemandu kereta yang kebetulan melalui jalan yang sama. Ramai yang berasa lucu dan kurang ramai juga yang menyelar tindakan mereka yang mencuri troli tersebut. Harapnya mereka akan pulang semula troli tersebut.

Ingat bila tukar lane tak bagi signal tu dah pelik, rupanya ada lagi pelik...

Destination: