Okayama, Hiroshima, Kurashiki, Mabi, Yakage Town Jepun Dilanda Banjir

TERKINI
July 09, 2018 - 12:45 PM


Bandar di selatan Jepun hampir ditenggelami air akibat hujan yang berterusan semenjak dari hari Jumaat lepas. Antara bandar-bandar yang terlibat adalah Okayama, Kurashiki, Mabi, Yakage Town, Hiroshima dan beberapa lagi bandar-bandar di Selatan Jepun.

Bagi pelancong yang bercadang untuk melawat bandar-bandar berkenaan di harap berhati-hati dan juga seeloknya rancang perjalanan anda sebaik mungkin. Ini kerana pengangkutan awam di Jepun juga mungkin terjejas terutama Shinkansen. 

Kami juga mengalami nasib yang sama minggu lepas semasa berada di Hiroshima apabila Shinkansen dari Horoshima ke Kansai Airport (KIX) di berhentikan perkhidmatan buat seketika akibat hujan lebat. Jadi terpaksa menaiki train domestik melalui Kobe dan Okayama untuk ke Kansai Airport dan masa yang agak panjang berbanding Shinkansen. 

Di sebabkan operasi train tergendala laluan darat juga di laporkan sesak. Dari Kobe ke KIX terpaksa menaiki teksi yang harga agak tinggi sehingga mengcecah RM1200. Jadi untuk mereka yang nak ke Jepun tu di harap ambil perhatian ya.

Berikut kami kongsikan gambar-gambar sekitar banjir di Jepun!

Destination: