Once Upon A Deadpool – Filem Deadpool ‘Versi Kanak-Kanak’

TERKINI
November 21, 2018 - 12:04 PM


Ini sesuatu yang mengejutkan. Tiada angin yang bertiup, tahu-tahu 20th Century Fox keluarkan trailer baru filem Deadpool tetapi dengan sedikit ‘twist’.

Disember ini, Filem yang bertajuk ‘Once Upon A Deadpool’ akan ditayangkan dan lebih menarik, untuk pertama kalinya, ianya di rate sebagai PG-13. Untuk yang biasa ke pawagam atau peminat Marvel sendiri, ini sesuatu yang mengejutkan.

PG-13 adalah rating yang bermaksud kandungan dalam filem ini adalah kurang sesuai untuk kanak-kanak, tetapi mereka tetap boleh tengok dengan adanya bimbingan dan pengawasan dari ibu bapa (Parental Guidance).

Sebelum ini, filem Deadpool adalah rated R. Iaitu penuh dengan keganasan, bahasa yang kurang sopan, dan banyak lagi. Jadi, bila mana Deadpool keluarkan versi PG-13, ia adalah sesuatu yang pelik dan menarik untuk ditonton.

Iyelah, bayangkan watak Deadpool yang kebiasaannya suka mengeluarkan kata-kata yang tak sesuai untuk budak-budak, penuh aksi tembak menembak dan scene pembunuhan yang ganas, tiba-tiba keluarkan satu yang boleh diibaratkan ‘versi comel’.

Menurut Ryan Reynolds, filem ini juga terhasil atas permintaan 20th Century Fox sendiri yang meminta Deadpool dijadikan PG-13 bukannya R-Rated. Tambah Reynolds lagi, sebahagian daripada kutipan tiket ini akan diberikan untuk badan kebajikan dan dia mahukan Fred Savage dalam filem terbarunya.

Siapa Fred Savage?

Fred Savage ni dulu pernah membintangi satu filem pada tahun 1987 bertajuk The Princess Bride. Jadi Once Upon A Deadpool ni, boleh dikatakan jalan cerita dia macam Princess Bride -lah kot. Untuk setiap tiket terjual, USD 1 akan disumbangkan terus ke persatuan Fudge Cancer, atau sebenarnya nama nya F*ck Cancer, ia – namanya persatuan tu ditukar khas sempena filem yang ‘mesra kanak-kanak’ ni.

Apa yang ditunggu ialah suntingan untuk babak-babak ganas serta perkataan F yang biasa digunakan oleh Deadpool. Macam mana diorang edit tu yang kita tunggu.

Namun, tak pasti sama ada pawagan Malaysia akan tayang atau tidak Once Upon A Deadpool ini, apa-apa pun, kalau ada, kami akan update ye.

Sebelum tu, jom lah kita tengok video trailer Once Upon A Deadpool ni…