"Pakai Neck Tie Rupa Pakai Tanda Salib" - Pegawai Taliban Menganggap Pakai Tali Leher Haram

TERKINI
July 28, 2023 - 04:18 PM


Tali leher yang dipakai seharian oleh lelaki sewaktu bekerja adalah tanda salib bagi agama Kristian, kata seorang pegawai kanan Taliban Afghanistan. 

Mohammad Hashim Shaheed Wror, ketua Direktorat Bimbingan berkata golongan profesional seperti jurutera atau doktor Muslim mengenakan tali leher dan dia juga bertekad untuk membimbing orang ramai mengikut garis Islam yang betul.

Beliau menjelaskan hal tersebut dalam ucapan yang disiarkan Tolo TV, sebuah stesen televisyen tempatan, bahawa simbolisme tali leher 'jelas dalam Islam'.

"Apakah itu tali leher? Ia adalah salib. Jadi ia diperintahkan dalam Syariah bahawa anda harus membuang dan menghapuskannya" kata beliau.

Terdahulu, sejak mengambil alih kepimpinan Afghanistan pada Ogos 2021, pihak berkuasa tidak mengenakan sebarang peraturan berpakaian ke atas lelaki. Namun bagi wanita, mereka wajib untuk menutup kepala dengan tudung apabila keluar di khalayak ramai.

Kebanyakan pegawai tertinggi Taliban kebanyakannya berpakaian sama. Jubah, kopiah dan selendang yang diletakkan di atas kepala. Pakaian kasual dari Barat tidak mendapat tempat di negara tersebut sejak Taliban mengambil alih tampuk kepimpinan.

Tetapi beberapa pekerjaan profesional yang lain masih mengenakan kot dan tali leher. Untuk rekod, kerajaan Afghanistan sebelum ini cuba mengenakan peraturan pakaian ke atas rakyatnya dan kepada pegawai kerajaan. 

Sumber berita : The Vocket