Panas! Gelaran Dewi Remaja 2018/2019 Haneesya Hanee Ditarik Semula

TERKINI
January 17, 2019 - 02:57 PM


Akhirnya setelah didesak oleh netizen Gelaran Juara Dewi Remaja 2018/2019 Haneesya Hanee Ditarik Semula disebabkan kontroversi dan videonya yang viral 2 hari lepas. Dengan kuasa netizen yang nampaknya sangat berpengaruh untuk membuat sesiapa sahaja dibuang kerja dan dilucutkan jawatan.

Gelaran Dewi Remaja 2018/2019 yang disandang oleh Sharifah Haneesya Sayed Sahlan telah ditarik semula. Kes seperti ini merupakan kejadian kali pertama dalam sejarah pencarian Dewi Remaja selama 10 edisi ia dianjurkan.

Juara Dewi Remaja Mungkin Ditarik Balik, Ibu Haneesya Hanee Tampil Jelaskan Kontroversi

Pengumuman penarikan ini dilakukan oleh pihak NU Ideaktiv Sdn. Bhd. selaku pemilik jenama Dewi Remaja, sebelah tengah hari tadi.

Menurut Editor Majalah Remaja, Faiz Aimman, penarikan gelaran Dewi Remaja 2018/2019 daripada Haneesya Hanee dibuat selepas pihak pengurusan melakukan siasatan mendalam dan mendapati pemenang ini telah melanggar syarat penyertaaan.

“Sebagai pemilik dan penganjur, kami menzahirkan rasa sedih atas apa yang telah terjadi. Namun pada masa yang sama, para peserta Dewi Remaja sudah sedia maklum akan syarat penyertaan seperti yang telah dinyatakan di dalam kontrak yang mereka tanda tangani” di mana mereka tidak boleh mempamerkan perlakuan tidak senonoh di khalayak ramai."

Dengan penarikan gelaran ini bermakna tahun ini tiada gelaran bagi Dewi Remaja 2018/2019 dan Tia Sarah kekal di kedudukan kedua bagi pertandingan berprestij ini dan akan mewakili nama Dewi Remaja bagi sebarang aktiviti bersama pemenang lain seperti Aween Ismail, Arena Iman dan lain lagi.

Haneesya dia akui berasa kesal

Haneesya dia akui berasa kesal dengan tindakan dan meminta agar netizen tidak mengecam ibunya yang menjadi tulang belakangnya selama ini. Semua perkara yang berlaku adalah di bawah tanggungjawab Hanee. Hanee akui tiada manusia yang sempurna. Dan ketidaksempurnaan ini akan dipikul oleh Hanee. Hanee meminta diberi peluang kedua.

Hanee ambil ini sebagai pengajaran terbesar. Tolong jangan nilai peribadi Hanee atau membuat perbandingan kesilapan dengan bakat sedia ada,” katanya yang mengakui masih bersedih.

Gelaran Dewi Remaja 2018/2019 Haneesya Hanee Ditarik Semula ini disahkan sendiri oleh pihak Remaja di laman rasmi mereka.

KeN: Kesian juga tapi benda dah jadi dan memang ianya satu kesilapan yang sangat sukar untuk dimaafkan.