"Pandai Masak" - Rupanya Ini Antara 8 Fakta Tentang Dayang Anisha Yang Tambat Hati Putera Kacak Brunei!

TERKINI
October 09, 2023 - 12:00 PM


Bakal kahwini dengan putera kesayangan ramai, Sultan Brunei Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah, ramai tertanya-tanya tentang gerangan wanita yang menjadi pilihan hati anakanda Sultan Brunei.

Berita bahawa Putera Mateen bakal berkahwin dengan Dayang Anisha Rosnah Adam ternyata disambut baik oleh seluruh rakyat yang tidak putus-putus memberikan ucapan tahniah kepada pasangan diraja ini.

Memiliki paras tampan dan tubuh sasa, sudah pasti anakanda Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz ini menjadi perhatian ramai.

Kami kongsikan artikel yang dilapor Gempak mengenai wanita cantik bernama Dayang Anisha.

1) Pengantin perempuan merupakan cucu kepada penasihat sultan yang berpengaruh di Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Dato Awang Isa Awang Ibrahim.

2) Datuknya juga merupakan seorang Manteri, iaitu golongan pembesar diraja, dengan gelaran ‘Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja’.

3) Pada November 1974 hingga Januari 1984, Datuk Anisha juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Pengasas Syarikat Penerbangan Royal Brunei yang diasaskannya.

4) Mungkin ada yang tidak tahu sebenarnya abang kandung Anisha yang dikenali dengan nama Danial Deen Isa Kalebic, merupakan sahabat rapat Mateen.

5) Anisha juga adalah graduan universiti popular di England dan memiliki perniagaan fesyennya yang tersendiri di beri nama Slik Collective.

6) Pemilik wajah cantik ini juga dikatakan memiliki perniagaan bersama rakan baiknya yang diberi nama Aunthentirary yang merupakan perniagaan sektor pelancongan.

7) Tidak hanya memiliki wajah yang cantik, Anisha juga suka memasak. Malah wanita anggun ini juga memiliki akaun Instagram yang didedikasikan khas untuk hobi memasaknya.

Kali terakhir Anisha memuat naik video adalah tentang cara membuat kek pandan. Ehem.. Mateen pun like tau video tu.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @anishaskitchen

8) Sama seperti bakal suaminya, Anisha juga seorang yang suka bersenam. Patutlah cantik sentiasa Anisha ini kan. Memang nampak secocok sangat dengan Mateen.

Untuk info, istiadat perkahwinan pasangan diraja ini akan berlangsung selama 10 hari bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari tahun depan.

 

Destination: