Parodi Sharifah Sakinah ‘Nganjing’ Neelofa Menang AME Memang Win!



Siapa tak kenal dengan Sharifah Sakinah ni? Dengan perangai yang selambernya dan gila-gila dekat media sosial. Rasanya netizen-netizen pun memang dah tahu dia ni ‘short’ orangnya.

Baru-baru ni, Sakinah katanya buat hal lagi. Kali ni dia bergabung dengan partnernya dalam drama Girlfriend Aku Dari Neraka, siapa lagi kalau bukan Aiman Hakim.

Dengan selamber, Sakinah dengan Aiman buat parodi berkaitan kemenangan Neelofa dalam Anugerah Meletop baru-baru ni.

Kalau korang ikut AME, semua akan tahu bab mana yang Sakinah ni parodikan. Tak lain tak bukan babak Lofa dengan Zul Arrifin dan jugak masa dia jadi penyampai anugerah dan jugak pemenang.

Sapu bersih la katakan.

Parodi berkenaan dah mendapat setengah juta view, dan kalau korang rajin. Skroll lah ruangan komen. Ada yang mengatakan parodi tu memang kelakar dan memang ‘win’. Tapi, ada jugak haters Lofa masuk dan amik kesempatan hentam dia.

Sakinah sebelum jugak sebenarnya pernah gantikan Lofa dalam rancangan Meletop sebagai pengacara bila Lofa ada job lain.

Macam-macam lah Sakinah ni pun, tapi okay ape ada parodi. Terhibur lah jugak netizen dan makcik-makcik bawang.

=aj=