"Patutnya Tahu Dah" - Pelanggan Bawa Anjing Lepak Mamak, Pekerja Terpaksa Bersihkan

TERKINI
September 05, 2023 - 03:00 PM


Tidak kira bertapa comelnya haiwan peliharaan anda, anda sebagai tuan yang membela sepatutnya lebih peka akan keselesaan orang sekeliling ketika membawa haiwan peliharaan anda keluar. Sesetengah tempat dibenarkan, namun kebanyakan restauran tidak dibenarkan kerana atas faktor kebersihan,

Baru-baru ini viral satu posting di Group Facebook Bukit Sentosa/Beruntung resident, di mana memaparkan beberapa keping gambar di mana seorang pekerja restoran mamak di Bukit Sentosa yang sedang membersihkan satu meja dan kerusi.

Kisah di sebalik gambar tersebut rupanya seorang pelanggan telah bertindak membawa anjing peliharaanya ke restoran tersebut. Pelanggan tersebut tidak menyedari akan larangan membawa haiwan peliharaan. Malah pekerja restoran juga tidak menyedari akan perkara tersebut pada awalnya.

Setelah salah seorang pekerja tersedar, pekerja tersebut terus menegur pelanggan itu. Pelanggan tersebut menyedari akan kesalahannya dan mohon maaf atas perkara yang telah berlaku. Mujur tiada perkara yang tidak diingini terjadi.

Maka, sejurus selepas itu, Tahir yang merupakan pengusaha restoran mamak itu menjelaskan dia telah mengarah pekerjanya untuk membersihkan kawasan tersebut.

 

Destination: