PDRM Akan Menggunakan Honda Civic Type R Ganti Evo?

TERKINI
February 20, 2019 - 04:40 PM


Semenjak petang semalam, beberapa foto tersebar di media-media sosial menunjukkan yang pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sedang menguji kenderaan jenis Honda Type R FK8 untuk digunakan pada pengejaran berkelajuan tinggi. 

Apa yang difahamkan, unit yang ada pada PDRM sekarang bukanlah aset yang dibeli. Cuma unit tersebut dipinjamkan oleh Honda Malaysia untuk tujuan ujian.

Jika berjaya dan menepati piawai, PDRM akan menggunakan Civic Type R ini sebagai Helang Lebuhraya Polis yang sekarang ini menggunakan Mitsubishi Lancer Evo X untuk tujuan pengejaran berhalaju tinggi. Secara spesifik digunakan untuk kes seperti rompakan kereta, penculikan dan rompakan.

Helang Lebuhraya PDRM

Sebelum ini, kesemua anggota yang dipertanggungjawabkan kepada unit Mitsubishi Evo berkenaan perlu menjalani kursus pemanduan intensif sebelum dibenarkan memandu aset berkenaan.

Kredit Foto | PRDM

PRDM sebenarnya telah menaiktaraf unit-unit rondaan mereka beberapa kali sebelum ini. Tahun lepas, unit rondaan lebuhraya mendapat 15 kenderaan Mitsubishi Outlander jenis SUV yang dihadiahkan oleh PLUS untuk digunakan sebagai EMPV atau Unit Rondaan Lebuhraya.

Kredit Foto | PRDM

Unit rondaan bermotorsikal juga mendapat sebanyak 871 aset motorsikal termasuklah 200 unit motorsikal Kawasaki KLX 250-cc untuk digunakan Polis di negeri yang berkongsi sempadan dengan Thailand.

Kredit Foto | PRDM

Apa kata korang dengan adanya FK8 ni sebagai unit peronda lebuh raya? Goyang tak? Hehe…

 
 
 
 
Kredit Foto | PRDM | PaulTan