Pelancong Di China Diburu Gara – Gara Pikul Dolphin Hidup

TERKINI
May 08, 2018 - 11:17 AM


Tindakan bodoh seorang pelancong di Guangdong yang dirakam memikul seekor ikan lumba-lumba yang masih hidup akhirnya memakan diri.

Pihak polis dikatakan sedang memburu pelancong berkenaan gara-gara rakaman yang tersebar di internet. Menurut rakaman tersebut, lelaki berkenaan yang disyaki seorang pelancong sedang berjalan di pantai kepulauan Hailing sambil memikul seekor ikan lumba-lumba.

Menurut laporan media tempatan China, mamalia tersebut pada awalnya didapati terdampar di persisiran pantai terbabit sebelum suspek bertindak untuk mengangkat dan terus memikul ikan lumba-lumba tersebut sambil berjalan ke arah keretanya.

Lelaki berkenaan diburu oleh pihak berkuasa kerana di negara China, ikan lumba-lumba adalah salah satu spesis hidupan yang dilindungi. Jadi, tidak kiralah sesuatu haiwan itu masih bernyawa atau tidak, menjadi satu kesalah yang berat jika seseorang mengambilnya dari tempat asal.

Saksikan video yang kami maksudkan :