Pelbagai Aktiviti Menarik Menanti Anda Di Pet Lovers Fiesta 2018!

TERKINI
January 05, 2018 - 11:21 AM


Berita baik buat pencinta haiwan kesayangan di Malaysia! Lebih 200 ekor kucing dan 300 jenis haiwan akan dibawa ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada Februari nanti.

Fiesta yang diadakan oleh Kelab Kucing Malaysia dengan kerjasama daripada Perbadanan Pembangunan Kraftangan Malaysia ini bertujuan untuk memberikan pendedahan serta mendidik orang ramai berkenaan dengan haiwan kesayangan.

Menurut presiden Kelab Kucing Malaysia, pesta ini berkonsepkan mesra keluarga. Orang ramai boleh menyaksikan pertunjukan kucing, mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan, pertunjukan kraf, serta akan terdapat mini zoo dan juga petting zoo.

Nak ambil bahagian dalam fashion show pun boleh... 

Selain daripada kucing, antara haiwan yang ada ialah arnab, kura-kura dan juga burung. Lebih menarik lagi, pesta ini juga akan menampilkan lebih daripada 5000 artifak berkenaan dengan kucing di galeri khas yang disediakan oleh Kraftangan Malaysia.

Arnab pun ada tau nanti... 

Kepada pencinta kucing semua, anda bolehlah ke pesta ini pada 3 – 18 Februari 2018 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

 

Sumber : Bernama