Kereta Paling Mahal Atas Muka Bumi Milik Pengguna Setia Bugatti



Baru reveal semalam, kereta paling mahal di dunia keluaran Bugatti dikhabarkan sudah ada pembeli.

Kereta yang diberi nama 'La Voiture Noire' bermaksud kereta hitam, berharga £9.5 Juta atau RM51 Juta dan satu-satunya di dunia!

Giler mahal!!! 

Menurut pengeluar kereta itu, ia dibina untuk seorang pelanggan setia Bugatti, selain menjadi simbolik ulang tahun ke-110 jenama kereta mewah Perancis berkenaan.

Kereta itu hasil rekaan Jean Bugatti, anak sulung pengasasnya Ettore Bugatti.

Setiap komponen kereta tersebut dibuat dengan hasil kerja tangan dan badannya diperbuat daripada karbon fiber.

Paling menarik, jalur lampu breknya dilengkapi lampu LED bagi memberi efek lebar pada bahagian belakang kereta.

Kalau bahagian luar pun dah gempak macam ini, enjinnya mesti lagi power, kan!