Pendaftaran i-Suri KWSP Bermula Hari Ini

TERKINI
August 15, 2018 - 11:12 AM


KWSP mengumumkan pendaftaran Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) boleh dilakukan mulai hari ini (Rabu). Pendaftaran boleh dibuat di mana-mana 67 cawangan KWSP di seluruh negara.

Kepada mereka yang layak, dah boleh daftar ye.

KWSP dalam masa yang sama mengeluarkan kenyataan berkenaan suri rumah, balu dan ibu tunggal yang telah mendaftarkan diri di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) juga boleh menyertai i-Suri dengan caruman minimum boleh dibuat serendah RM5 setiap bulan ke akaun simpanan persaraan. Ini akan melayakkan mereka menerima insentif kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan yang dimasukkan ke akaun KWSP masing-masing.

Bagi individu yang menepati kelayakan dan mendaftar i-Suri akan menikmati manfaat yang sama seperti ahli KWSP seperti dividen tahunan atas simpanan persaraan, pengeluaran pada umur 50,55 dan 60, bantuan hilang upaya serta bantuan kematian.

Ini ada infografik berkenaan i-Suri :

Maklumat serta penjelasan lanjut mmengenai produk dan perkhidmatan KWSP boleh didapati di laman web KWSP -www.kwsp.gov.my atau kunjungi mana-mana cawangan KWSP selain panggilan telefon ke Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000

Sumber - Bernama