Pengasuh Viral Dera Kanak-Kanak Dipenjara 12 Bulan

TERKINI
August 23, 2023 - 05:38 PM


Pada awal Ogos yang lalu, pengguna media sosial dikejutkan dengan satu video CCTV  yang memaparkan seorang kanak-kanak dipercayai didera di sebuah taska di Kota Kinabalu. Pengasuh yang dilihat bertindak menendang, menarik rambut, menolak dan memukul kepala seorang kanak-kanak dengan menggunakan buku di taska berkenaan.

Hari ini, tertuduh Melona Eva Ezwa Musah, 27 mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu dan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan.

Susulan selepas viral video kanak-kanak tersebut didera, berlegar pulak video cctv dari premis yang sama di mana memaparkan si ayah datang semula ke taska tersebut dan bertindak menumbuk si pelaku. Setakat ini tiada berita tentang hukuman yang bakal diterima ibu bapa mangsa.

 

Destination: