Pengguna Pening, Muntah Selepas Minum Kopi Pracampuran

TERKINI
February 05, 2018 - 11:10 AM


Dua lelaki telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada hari Sabtu lepas mengalami pening kepala dan muntah selepas dipercayai meminum sejenis kopi pracampuran.

Menurut laporan, kedua-dua daripada mereka telah meminum sejenis kopi pracampuran yang diberikan oleh seorang warga Bangladesh.

Kopi yang dikatakan menjadi sebab kes sebelum ini...

Selepas 10 minit meminum ‘white coffee’ berkenaan, mangsa mengadu pening kepala dan muntah-muntah sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang.

Siasatan awal pihak polis mendapati jenama kopi yang diminum dua mangsa berkenaan adalah dari jenama sama yang diminum lima individu yang sebelum ini turut mengalami gejala letih dan lemah.

Sebelum ini, lima individu termasuk dua orang wanita telah mendapatkan rawatan di hospital sama selepas mengalami gekala keletihan dan lemah teruk selepas dipercayai meminum sejenis kopi pracampuran berperisa durian.

 

Sumber : mStar