Peniaga Durian Tidak Patuh Peraturan, Durian Disita

TERKINI
January 10, 2018 - 09:47 AM


Sebanyak 38 gerai durian di sekitar Bandar Sunway, Taman Medan, SS2 dan Kampung Dato Harun diperiksa dalam satu operasi yang diadakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaaan (KPDNKK) Daerah Petaling Jaya semalam.

Dalam operasi berkenaan, sebanyak 250 kilogram durian yang dianggarkan bernilai RM 6,300 disita bersama alat peminbang apabila didapati tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

 

Antara jenis durian yang disita adalah Musang King, Tracka,, XO, D88, D101 dan D24.

Hasil pemeriksaan mendapati lima peniaga tidak mematihu peraturan ditetapkan apabila empat gerai didapati menggunakan alat penimbang yang tidak boleh digunakan bagi tujuan perdagangan, dan sebuah lagi kedai yang tidak memaparkan tanda harga.

Menurut Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Petaling Jaya Kamaruddin Md Yassin berkata, operasi itu dijalankan berikutan kejadian tular mengenai timbangan durian yang mengelirukan sebelum ini.

Seharusnya peniaga-peniaga ini mematuhi peraturan ditetapkan mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972 dan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang peniaga yang tidak mematuhi peraturan dalam apa sahaja jenis perniagaan boleh menyalurkan maklumat kepada pejabat KPDNKK yang berhampiran untuk tindakan lanjut.

 

Sumber : hmetro