Perlantikan Luis Suárez Sebagai Duta Tourism Malaysia Sesuai Atau Tidak?

TERKINI
March 02, 2018 - 11:48 AM


Jika sebelum ini heboh tentang Luis Suarez upload gambar berada di Batu Cave dengan caption selamat Tahun Baru Cina, Natizen seperti biasa ada yang tidak senang dengan ucapan itu lalu makian dan cacian mula bertaburan di media sosial. Apa yang aku faham Suarez nak sampaikan bahawa Malaysia ni terdiri dari perlbagai kaum tak kira Cina India atau Melayu kami sama-sama meraikannya.

Selepas itu, viral pula video Suarez makan masalah Melayu bagi tujuan mempromosi Malaysia. Dalam video tu menunjukkan Suarez makan roti canai dan juga nasi lemak. Sedap katanya. Persoalan dari Natizen kenapa ambil Suarez jadi duta Malaysia. Sedangkan sikap Suarez di atas padang agak "nakal" bila di katakan suka menggigit.

 

Kalau tak percaya boleh tengok video tersebut di Youtube, kalau tak silap aku ketika mewakli negaranya Uruguay pada kejohanan Piala Dunia 2014, Suarez menggigit lengan pemain Itali Giorgio Chiellini. Sila google atau tonton youtube untuk imbas kembali. Dan beliau pernah juga gigit bahu dan tangan pemain lawan semasa bermain untuk Ajax pada tahun 2010 dan Liverpool pada tahun 2013.

Untuk menguatkan hujah, mereka turut merujuk cara permainan agresif Suarez khususnya “gelagat” atau “tipu helah” pemain itu mendapatkan sepakan penalti. Suarez tetap mempertahan cara dia bermain bolasepak. Tak usah kita bincangkan itu kerana ini bukan rencana khusus bola sepak.

Selain itu ada juga natizen berpendapat bahawa Suarez tidak cukup "hensem" untuk jadi duta Tourism Malaysia. Whatttt??? Aku tengok helok je mamat tu. Hidung mancung. Gigi pun mancung. Nak apa lagi?

Ni mesti fan Liverpool yang tak puas hati atau masih lagi berdendam terhadap Suarez kerana meninggalkan kelab kesayangan mereka dan berpindah ke Barcelona.

Bagi aku benda ni agak lawak sebenarnya. Pendapat peribadi tak kisahlah apa personaliti Suarez di atas padang yang penting dia dapat memberi awereness kepada semua pengikutnya laman sosial. 

Agak-agak berapa bayaran yang di terima oleh Suarez untuk menjadi Tourism Malaysia ek? Tentunya lumayan kerana kita semua maklum super star seperti Suarez tidak mungkin akan menerima offer yang tidak tinggi nilainya pada sudut kewangan.