Perodua Tawar Bantuan Kepada Pemilik Yang Terjejas Akibat Banjir Di Pulau Pinang

TERKINI
November 08, 2017 - 07:30 AM


Syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) menawarkan bantuan kepada pemilik kenderaan yang rosak atau terjejas akibat banjir yang melanda Pulau Pinang.

Bantuan yang disediakan adalah pemeriksaan percuma untuk menentukan kerosakan akibat banjir berkenaan serta diskaun 20 peratus bagi alat ganti terpilih. Alat-alat ganti yang dinyatakan ialah semua barang elektronik, karpet, tempat duduk dan gasket enjin.

 

Merujuk kepada laporan yang dikeluarkan Astro Awani, Pengarah Urusan Jualan Perodua, Daatuk Dr Zahuri berkata, perkhidmatan ini diharap dapat membantu ringankan beban kesemua pelanggan Perodua yang terlibat dalam bencana yang berlaku Ahad lepas.

 

 

Walaupun dikatakan beberapa pusat servis di Pulau Pinang juga terjejas akibat banjir, para pelanggan diminta untuk merujuk ke cawangan servis yang berada di Juru, Prai serta Kulim bagi mendapatkan bantuan.

Untuk bantuan penundaan, para pelanggan Perodua boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-5555. Nombor tersebut juga boleh dihubungi untuk mengetahui status penghantaran kereta mereka.

 

Sumber : astroAwani