Perwatakan ‘Lembut’ Aliff Syukri Dikecam Netizen Kerana Tak Sesuai Dengan Watak Badang?

TERKINI
February 19, 2018 - 09:15 AM


Ahli Perniagaan Datuk Seri Aliff Syukri nampaknya sekali lagi menjadi mangsa kecaman dan hentaman netizen. Ini kerana dikatakan perwatakannya tidak kena langsung dengan watak Badang yang merupakan karekter mitos yang gagah perkasa.

Filem Badang yang baru-baru ini ditayangkan menampilkan Aliff Syukri sebagai watak utama dan ternyata tidak disenangi ramai.

Disebalik segala kecaman yang diterima, Aliff Syukri dikatakan agak terkilan kerana kecaman yang beliau terima turut dating daripada mereka yang tidak menonton filem berkenaan lagi.

“Kalau tak suka, tak payah follow, hargai bakat saya bukannya kecam saya.” Itu yang diluahkan oleh Aliff dalam satu posting di Instagram.

Beliau turut berasa gembira kerana ada juga yang menghargai filem tersebut dengan menontonnya di pawagam dan memberikan respon positif terhadapnya.

“Alhamdulillah walaupun ramai tak suka ada juga yang dah tengok dan sokong. Terima kasih kepada yang menonton.

Badang adalah arahan Profesor Datuk Dr. A. Razak Mohaideen itu turut menampilkan pelakon seperti Fasha Sandha Fauzi Nawawi dan Fareez Fauzi.

Siapa yang belum tengok tu, tengok Trailer ni dulu...