Pesawat Terpaksa Buat Pendaratan Kecemasan Sebab Suami Kantoi Curang

TERKINI
November 13, 2017 - 03:42 PM


Sebuah pesawat dari Doha terpaksa membuat pendaratan kecemasan selepas suami kepada isteri didalam pesawat tersebut didapati curang.

 

Kejadian yang berlaku dalam pesawat Qatar Airways QR-962, penerbangan daripada Doha ke Bali itu melibatkan pasangan suami isteri dari Iran, terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Chennai.

 

 

Ini terjadi selepas si isteri mendapati suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain menerusi telefon bimbit suaminya.

 

Berang dengan apa yang dilihat menerusi telefon bimbit suaminya, si isteri terus menyerang dan memukul suaminya yang sedang tidur.

 

Krew penerbangan tidak dapat mengawal keadaan dan terpaksa membuat pendaratan kecemasan dengan segera.

Sumber: Schoop