Pihak Berkuasa Minta Berhenti Tonton Dan Sebarkan Filem ‘Dukun’!



Kalau korang masih ingat, filem Dukun ni memang nak ditayangkan pada 2007. Namun telah diharamkan oleh Finas disebabkan kandungan yang keterlaluan dan tak sesuai untuk tayangan.

Kepada siapa yang tak tahu, filem ini sebenarnya diadaptasi daripada kejadian sebenar iaitu kes pembunuhan berprofil tinggi yang melibatkan seorang bomoh iaitu Mona Fandey dan seorang ahli politik Datuk Mazlan Idris.

Filem ‘Dukun’ diterajui oleh Datin Umie Aida, Bront Palarae dan Deana Yusof sepatutnya ditayangkan pada 2007 namun telah diharamkan oleh FINAS.

Baru-baru ini, viral sekejap apabila filem penuh yang diharamkan tersebut telah dimuat naik oleh pengguna Facebook dan dikatakan pihak berkuasa agak marah kerana filem terbabit ‘terlepas’ di media sosial.

Menurut laporan di The New Straits Times, mereka menganggap perkara ini adalah kesalahan yang sangat serius kerana melanggar peraturan harta interlektual dan memberi amaran kepada semua bahawa penyebaran filem tersebut adalah satu kesalahan besar.

Terkini, pihak FINAS sedang menyiasat ‘kebocoran’ filem terbabit dan memohon agar netizen memberikan kerjasama untuk membawa pesalah ke muka pengadilan.

Jadi, sekiranya anda terjumpa link atau filem terbabit di Facebook, anda tahu apa yang perlu anda lakukan.

Kredit Video : BHPLUS

 

Sumber : RojakDaily