Pihak Touch ‘n Go Keluarkan Notis Rasmi Mengenai Status SmartTAG OBU 330



‘SmartTag Gemuk’ ataupun nama rasminya OBU330 adalah peranti model terdahulu dan menurut beberapa pengguna SmartTag sendiri lebih bagus daripada model baru.


SmartTAG OBU 330

SmartTAG sebenarnya adalah singkatan perkataan yang apabila ditranslatekan, bermaksud “Sistem Pembayaran Automatik Rangkaian Tol” dan merupakan vehicle on-board unit. Berfungsi dengan kombinasi kad Touch ‘n Go, ia membolehkan pengguna membayar tol secara pandu lalu.


Model baru

Jika korang adalah pemilik SmartTAG OBU 330 ni, jangan risau, ia masih boleh digunakan seperti biasa, dan penamatan perkhidmatan selepas jualan ini tidak menjejaskan fungsi peranti terbabit.

Dalam kenyataan pihak Touch ‘n Go baru-baru ini, perkhidmatan after-sales ini akan dihentikan pada 1 Julai 2018 nanti. Sehingga hari ini, dikhabarkan peranti SmartTAG OBU 330 telah berada di pasaran dan beroperasi lebih daripada 10 tahun.

Walaubagaimanapun, individu yang telah menghantar peranti SmartTag OBU 330 untuk diselenggara, ia akan tetap diselenggara walaupun selepas 1 Julai nanti, cuma mereka tidak menerima sebarang permintaan baru untuk menyelenggara peranti ini selepas tarikh berkenaan.

Berikut adalah notis yang kami sebut-sebut tadi seperti yang terdapat di akaun Twitter @MyTouchnGo :

 

Kredit Feature Photo : Says.com