[VIDEO] "Pucat Muka Dia!" - Momen Ngeri Wanita Diseret Buaya

TERKINI
July 31, 2023 - 01:53 PM


Viral satu video yang memaparkan momen genting di mana seorang wanita dipercayai diterkam oleh seekor buaya di Kalimantan Barat, Indonesia. Video ngeri tersebut berjaya menarik perhatian netizen dari kedua-dua belah negara.

Kejadian itu berlaku ketika wanita itu sedang melakukan pengisian air tangki dari sungai di kawasan kerjanya menurut kenyataan pihak berkuasa. Sungai yang dipenuhi dengan semak itu, menyebabkan mangsa tidak sedar akan kehadiran sang bedal lalu menerkamnya dengan mengejut

Berdasarkan video, jelas kelihatan kepala wanita tersebut yang muncul di permukaan air sementara tubuhnya tenggelam kerana masih digigit buaya tersebut. Rakan sekerja di tempat kejadian cuba untuk membantu mangsa.

Wanita tersebut bernasib baik kerana setelah dua jam digigit, akhirnya buaya itu melepaskan gigitannya. Mangsa yang cedera parah terus di bawak ke Hospital Imanuddin yang berada di Kalimantan Tengah.
 

 

Destination: