Ramadhan Dah Dekat Sejauh Manakah Kebenarannya Roh Yang Kembali Pada Bulan Ramadhan?

TERKINI
April 10, 2018 - 10:31 AM


ROH YANG KEMBALI DI BULAN RAMADHAN

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi.

Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.

Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.

Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka.

Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.

Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri.

Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur.

Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang.

Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup.

Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita.

Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Sebarkan hal ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama.

Yang jelas jika anda tidak meneruskan hal ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh.

Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan.....

Rosullullah S.A.W bersabda :

Barang siapapun yg mau menyampaikan (1) ilmu saja dan ada orang lain mau mengamalkannya,
Maka.....!! walaupun yg menyampaikannya sudah tiada / mati , ia akan tetap mendapatkan pahala terus menerus......!!

Sobat sekarang anda memiliki dua pilihan ,

  1. Membiarkan sedikit pengetahuan ini hanya dibaca disini
  2. Membagikan pengetahuan ini kesemua teman facebookmu , insyallah bermanfaat dan akan menjadi pahala bagimu. Aamiin..

YA ALLAH JAUHKANLAH KAMI SEMUA DARI SIKSA KUBUR, HARAMKANLAH NERAKA ATAS JASADKU, KEDUA ORANGTUAKU, DAN SEMUA ORANG YG BERKOMENTAR AAMIIN.

Sejauh manakan kebenarannya? Jom kita baca pula penerangan tentang ini oleh yang lebih pakar!

Benarkah Roh Akan Kembali Pada Bulan Ramadhan?

Tersebar satu mesej panjang kononnya roh orang beriman akan kembali pada bulan Ramadhan dan melawat waris-warisnya, dan pada bulan Syawal roh itu akan kembali ke alam barzakh.

Jawapan:

Fatwa Islamweb.net di bawah pimpinan Dr. Abdullah al-Faqeh menyatakan:

فإن زيارة أرواح الأموات لبيوت الأحياء أمر غيبي لا يمكن لأحد أن يطلع عليه، ولم يرد في شرعنا ما يدل على ذلك -فيما نعلم- 
Berkaitan ruh-ruh orang mati menzarahi rumah-rumah orang yang masih hidup; ia merupakan perkara ghaibiyyat yang tidak mungkin seseorang mengetahui tentangnya. Tidak terdapat sebarang dalil dalam syariat kita menunjukkan perkara tersebut.
http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa...

Shaikh Bin Baz berkata:

ولكن لم يثبت أنها تتصل بالأحياء في غير المنام ، 
Akan tetapi tidak terdapat dalil bahawa roh-roh orang mati bertemu dengan yang hidup dalam keadaan bukan bermimpi.
https://islamqa.info/ar/127896

Dr. Zaharuddin bin Abdul Rahman menerangkan:

Apabila ruh sudah berpisah dari tubuh, ia berada di alam yang dinamakan Barzakh, dan ia tidak akan mampu sama sekali untuk kembali ke alam dunia semula sama ada dalam keadaan baik atau buruk. Dakwaan Roh pulang kembali ke rumahnya setelah hari-hari tertentu adalah TIDAK BENAR. Tidak kiralah sama ada roh itu dalam keadaan baik atau buruk. Manakala jika benar kelihatan mahkluk seperti si mati dan kendengaran suara-suara menangis, maka pandangan Ulama adalah ia hanyalah angkara Jin dan Syaitan yang menyerupai si mati dan gangguan mereka, tidak lebih dari itu.



Bukti bahawa Roh tidak boleh kembali berdasarkan dalil berikut :-

Firman Allah ertinya : " Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka ( orang kafir) dia berkata : " Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan" ( Al-Mu'minuun : 99-100).

Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibn Abbas r.a) dan Ibn Zaid berkata tentang ayat ini : "Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia."

Firman Allah ertinya : "Allah SWT memegang jiwa (ruh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa(ruh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.." ( Az-Zumar : 42 ).

Melalui ayat ini, jelas bahawa roh berada di dalam pegangan Allah SWT dan Allah tidak membenarkan sama sekali Roh untuk kembali ke dunia, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat sebelum ini,

Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi). (Ar-Ruh, Ibn Qayyim, ms 20). Bagaimanapun, tiada yang berpandangan roh tersebut boleh bertemu dengan orang hidup semasa sedar mereka. Semua roh yang telah di ambil Allah SWT akan sibuk dengan urusan mereka sama ada baik atau buruk.

Prof Ahmed Azzedine Al-Bayanuny dan Prof. Mohamed Hussin pernah menegaskan bahwa dakwaan orang-orang kristian yang boleh bertemu dengan ruh si mati dengan teknik jampian kahs adalah penipuan yang menggunakan Jin dan syaitan. Ia bukannya ruh yang sebenar. ( Rujuk Al-Iman Bil Malaika dan Al-Ruhiya al-Haditha)
http://www.zaharuddin.net/.../283-hantu-roh-kembali-a...

Kesimpulan:

Tiada dalil ruh si mati akan menziarahi orang-orang hidup di bulan Ramadhan. Perkara-perkara ghaib hendaklah dengan dalil.

Wallahua'lam.

-ADMIN-

Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith