Ramai Tak Tahu Rupanya Orang Yang Bawa Masuk McDonald’s Ke Malaysia Adalah Seorang 'Kerani'!

TERKINI
April 18, 2023 - 01:25 PM


Korang pasti merupakan salah seorang daripada jutaan peminat restoran makanan segera popular, McDonald’s -- tetapi tahukah korang sebenarnya siapa individu yang bertanggungjawab membawa masuk francais makanan terkenal itu ke Malaysia?

Hanya bekerja sebagai kerani pada waktu itu tidak mematahkan semangat hartawan Malaysia, iaitu Tan Sri Vincent Tan untuk membawa masuk McDonald’s ke Malaysia.

Selama lapan tahun, tanpa jemu beliau menulis surat kepada rangkaian McDonald’s untuk membeli francais makanan segera itu.

Di bawah adalah perkongsian ciapan pengguna Twitter, @advertyofficial mengenai kisah Vincent Tan.

Pemilik kepada syarikat terkemuka negara iaitu Berjaya Group pada mulanya seorang kerani di sebuah bank dan hanya menamatkan pengajian di tingkatan lima sahaja.

Bukan hanya kerani, Vincent juga menjadi ejen insuran dan selepas empat tahun beliau berjaya dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Jualan Kanan.

Ketika berada dalam bidang insurans, beliau menemani pelanggan ke klinik dan untuk tidak membuang waktu maka beliau membaca majalah Times.

Semasa membelek majalah tersebut, dia tertarik dengan sebuah artikel yang bertajuk “The Burger That Conquered The World”.

Sejak daripada itu, dia memasang impian untuk menjadi pengedar pertama rangkaian restoran itu di Malaysia.

Tahu apa yang beliau buat? Beliau telah menghantar surat setiap minggu kepada ibu pejabat McDonald’s bagi memastikan hasratnya tercapai!

Kekerapannya menulis surat itu telah membuatkan pihak McDonald’s menasihatinya agar berhenti menulis kerana lambakan surat yang terlalu banyak.

Namun beliau tetap menghantar surat kepada mereka tanpa jemu! Cuma kali ini kiriman surat dijarakkan kepada sebulan sekali sahaja.

Minat yang ditunjukkan oleh Vincent Tan telah membuatkan pihak McDonald’s akhirnya melantik beliau sebagai pemegang francais di Malaysia pada usia 28 tahun.

Berbekalkan modal sebanyak RM250,000, beliau memegang sebanyak 51 peratus pegangan dalam perkongsian dengan pihak McDonald’s.

“Sejujurnya saya katakan ini tidak mungkin berlaku jika bukan kerana penguasaan saya dalam bahasa Inggeris.

“Ia membolehkan saya meyakinkan orang ramai di McDonald’s bahawa saya adalah orang yang tepat untuk membantu memperkenalkan dan mengembangkan McDonald’s di Malaysia,” katanya.

Penglibatan dalam industri francais ini juga merupakan titik permulaan persahabatan beliau dengan Tun Dr Mahathir.

“Saya menemui Dr Mahathir pada awal tahun 80-an semasa saya terlibat dalam perniagaan francais. Dr Mahathir berminat dlm bidang itu. Dari situlah kami berkawan,” ujarnya.

Jangan terkejut, media sosial yang terkenal satu ketika dahulu juga pernah dimiliki Vincent Tan iaitu Friendster.

Beliau kemudian mengambil keputusan untuk menjualnya kepada Facebook dan mendapat 700,000 unit saham Facebook sebagai balasan.

Ini menunjukkan bahawa usaha pasti akan membuahkan hasil jua akhirnya maka jangan cepat menyerah.

Destination: