Redza Rosli Sound Peminat Suruh Cermin Diri Sendiri Dahulu Sebelum Tegur Artis

TERKINI
January 10, 2018 - 10:53 AM


Itulah siapa suruh obses sangat dengan artis. kan dah kena setepek. Artis pun manusia juga ada masanya breakdown cuma sebagai artis kenalah banyak sabar. Admin tengok artis dulu-dulu rilek jer. Mungkin sebab zaman sekarang medium media sosial begitu luas menyebabkan peminat begitu senang untuk menegur mana-mana artis.

Terbaharu kes pelakon Redza Rosli dan Ayda Jebat. Peminat ni pun satu yang korang pandai-pandai nak menjawab bagi pihak artis tu dah kenapa. 

Itulah orang tua-tua pesan, minat tu biarlah berpada-pada, kan dah kena ‘sound’. Begitulah nasib seorang peminat setia pelakon Redza Rosli apabila mencipta konstroversi tanpa diundang. Semuanya bermula apabila tersebar gosip bahawa Ayda Jebat sering ke lokasi penggambaran Redza Rosli kerana cemburu.

Cerita itu menjadi hangat apabila peminat mendakwa pihak produksi tidak mempromosikan watak utama drama tersebut iaitu Elvina Mohamad. Kehadiran penyanyi Ayda Jebat di lokasi drama Isteri Untuk Diiktiraf menimbulkan rasa tanda tanya kepada pengikut drama itu mengenai status pelakon wanita utama.

Terbaru, produser Isteri Untuk Diiktiraf, Sheila Rusly memuat naik satu kapsyen di Instagram mendakwa merasa hairan mengapa ada pihak yang membangkitkan mengenai keberadaan Ayda di set tersebut sedangkan dia sebagai produser dan suaminya Jinggo selaku pengarah drama pun tidak mengatakan apa-apa.

Bagaimanapun, seorang pengguna Instagram memberi komen bahawa dia menerima DM pertanyaan sama ada pelakon wanita utama Isteri Untuk Diiktiraf ialah Ayda Jebat dan bukannya Elvina Mohamad

Dia mendakwa, kekerapan Ayda di set penggambaran menyebabkan orang ramai keliru siapa sebenarnya pelakon utama drama itu.

Seterusnya Sheila membalas komen peminat tersebut dengan mendakwa peminta tersebut tidak menyukai Ayda Jebat.

Bagaimanapun, Redza telah bertindak di luar dugaan dengan menempelak pemilik akaun Instagram tersebut. Didapati peminat tersebut merupakan peminat setia Redza Rosli.

Harap artis lain tidak meniru perbuatan ini. Artis boleh gunakan pendekatan yang lebih lembut tetapi tegas dalam menyuarakan pendapat. Tidak perlu menyakiti peminat, mereka adalah pengguna yang akan membeli dan menyokong produk anda. Jika begini layanan anda pada peminat, pasti bakat tidak ke mana. Peminat pun haruslah minat secara berpada-pada ya