Restoran Didenda Kerana Hidang Makanan Guna Pinggan Kayu Tak Bersih

TERKINI
January 08, 2018 - 03:28 PM


Pihak berkuasa di Birmingham mendenda Ibrahim’s Grill and Steak House kerana menghidangkan makanan menggunakan bekas kayu yang dianggap tidak bersih.

Dekat Malaysia pun banyak port hipster hidang macam ni kan...

Tindakan diambil oleh pilah berkuasa kesihatan apabila restoran di Acocks Green berkenaan tidak menghiraukan teguran supaya memperbaiki kaedah penghidangan makanan mereka kepada pelanggan.

Beberapa gambar yang diedarkan Majlis Perbandaran Birmingham menunjukkan beberapa bekas kayu yang digunakan di restoran tersebut mempunyai kesan kotoran, bekas arang dan warna merah jambu.

Sebelum ini, restoran berkenaan pernah dikunjungi oleh pegawai Kesihatan Alam Sekitar kerana 14 pelanggan dikatakan berdepan masalah keracunan makanan selepas menjamu selera disana.

Pada kunjungan kedua pula, kaedah pengendalian makanan dikatakan semakin baik, tetapi bekas kayu masih digunapakai.

Susulan itu, pemilik restoran berkenaan didenda  sebanyak 50,000 British pound (RM 230,000) selepas kes mereka dihadapkan di Mahkamah Majistret Birmingham.

 

 

Sumber : mStar