Ribut Petir Dan Angin Kencang Dijangka Landa Lima Negeri

TERKINI
December 27, 2017 - 02:12 PM


Amaran ribut petir dan angin kencang telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini.

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir di perairan Perak, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak. - Gambar hiasan

Lima negeri di Malaysia diminta berjaga-jaga kerana keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam serta laut yang bergelora.

Ombak dijangka mampu mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Antara negeri yang tersenarai adalah Perak, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak. Beberapa kawasan di negeri yang dinyatakan akan dijangka mengalami ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang.

 

Sumber : Astro Awani