Ringkasan Intipati Kandungan Bajet 2018 Belanjawan Malaysia

TERKINI
October 27, 2017 - 05:08 PM


Bajet 2018 (Belanjawan Malaysia) yang akan dibentangkan dijangka menjadi belanjawan paling komprehensif seterusnya mencerminkan pe rancangan sistematik sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dengan mengutamakan kepentingan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa me ngira fahaman politik.

 

Penekanan utama kerajaan untuk Budget 2018 adalah terhadap tanggungjawab dalam memacu pertumbuhan ekonomi, sekali gus dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak, selain kerajaan terus komited untuk menguruskan perbelanjaan secara berhemah dan kreatif demi menjamin kualiti perkhidmatan kepada rakyat.

 

 

RINGKASAN TEKS UCAPAN INTIPATI KANDUNGAN BAJET 2018 BELANJAWAN MALAYSIA

 

Bajet 2018 adalah cukup penting buat rakyat, pelaksanaannya perlu berlaku dalam keadaan yang cekap dan berkesan, agar setiap rakyat dapat merasainya serta berharap kerajaan mengagihkan belanjawan secara bijaksana. 

 

  • Tema: Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50
  • Peruntukan Bajet 2018:  280.25 Billion

 

 

Ringkasan Lengkap Kandungan Intipati Penting Bajet 2018

  1. Bajet 2018 memperuntukkan RM280.25 bilion, menyaksikan pertambahan peruntukan berbanding RM260.8 bilion peruntukan Bajet 2017 yang dibentangkan.
  2. RM234.25 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, tidak termasuk simpanan luar jangka 2 bilion
  3. Peruntukan RM6.5 bilion kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah, termasuk RM2.3 bilion bagi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil, getah dan nelayan 
  4. Peruntukan sebanyak RM200 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), menjadikan jumlah pembiayaan keseluruhan AIM mencecah RM2.7 bilion yang memanfaatkan hampir 400,000 peminjam 
  5. Pulau Pangkor diisytihar sebagai pulau bebas cukai, tidak termasuk barang­barang seperti minuman keras, rokok dan kenderaan bermotor Kerajaan akan kaji pembinaan jambatan hubungkan Labuan dan tanah besar di Sabah 
  6. Tabungan permulaan RM200 Amanah Anak Malaysia 2050 (ADAM50) akan diberikan pada setiap anak yang lahir dari 1 Januari 2018 hingga 2022 Setiap pelajar di IPT dan tingkatan enam akan terus diberi Bantuan Baucar Buku bernilai RM250
  7. RM1 bilion diperuntukkan untuk program sukan. Sebanyak 14 pembinaan kompleks sukan baru akan dibina di seluruh negara 
  8. Pemberian bantuan persekolahan RM100 kepada setiap murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah daripada keluarga berpendapatan sehingga RM3 ribu diteruskan 
  9. Diskaun pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilanjutkan hingga Disember 2018 
  10. Tahun 2020 diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia di mana Malaysia akan menjadi tuan rumah antaranya kepada APEC, WCIT dan CHOGM 
  11. RM2 bilion diperuntukkan kepada Tabung Pelancongan PKS sebagai pinjaman kepada pengusaha pelancongan dengan memberi insentif subsidi kadar faedah dua peratus
  12. RM164 juta diperuntukkan bagi membina 5,000 unit rumah generasi kedua FELDA, dengan kerjasama SPNB
  13. RM200 juta lagi diperuntukkan kepada FELDA, bagi sistem bekalan air dan menaik taraf jalan serta lampu jalan
  14. Menambah RM1 bilion kepada Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan sebagai pinjaman mudah
  15. Peruntukan RM30 juta disediakan kepada Malaysian Healthcare Travel Council untuk melaksanakan beberapa perkara termasuk mempromosi Malaysia sebagai Hab Rawatan Kesuburan, termasuk IVF dan Kardiologi Asia dan memperkenalkan program Flagship Medical Tourism Hospital
  16. Pembinaan projek East Coast Rail Link (ECRL) yang menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor, Kelantan bermula Januari 2018
  17. Mempercepatkan pembinaan MRT3 atau Circle Line, dijangka siap pada 2025, lebih awal berbanding 2027
  18. Membangunkan Special Border Economic Zone di Bukit Kayu Hitam untuk merancakkan ekonomi di bahagian Utara
  19. Peruntukan RM1bilion diperuntukkan kepada Tabung Pengangkutan Awam bagi modal kerja dan  pembelian aset seperti bas dan teksi
  20. RM45 juta peruntukan untuk mewujudkan satu sistem kawalan biometrik bagi memantau pemandudan perkhidmatan bas ekspres
  21. Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
  22. Pembinaan baharu lapangan terbang Mukah dan pembesaran Lapangan Terbang Kota Bharu dan Sandakan
  23. Sebanyak RM65 juta diperuntukkan untuk pembangunan kampung­kampung baru Cina. RM10 juta lagi diperuntukkan untuk membaik pulih rumah
  24. Tempoh cuti bersalin mandatori untuk sektor swasta dinaikkan daripada 60 hari ke 90 hari seperti yang dilaksanakan perkhidmatan awam
  25. Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diteruskan dengan kadar maksimum RM1200
  26. Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan 2 mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM20,000­RM70,000
  27. Memansuhkan kutipan TOL di Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau, Selangor bermula 1 Januari 2018
  28. Memansuhkan kutipan TOL di Bukit Kayu Hitam, Kedah bermula 1 Januari 2018
  29. Memansuhkan kutipan TOL di Eastern Dispersal Link, Johor bermula 1 Januari 2018
  30. Peruntukkan RM3.9bilion subsidi barangan dan pengangkutan termasuk gas memasak, tepung,  minyak masak, subsidi elektrik dan tol
  31. Permulaan tahun 2018, sebanyak 50 kedai akan dijadikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M 2.0) dan diperluaskan kepada 3,000 KR1M 2.0 dalam tempoh 3 tahun
  32. Sebanyak RM250 juta diperuntukkan untuk pendidikan generasi TN50, termasuk menubuhkan pusat Sains,Teknologi dan Kejuruteraan dan Matematik (STEM), mempertingkatkan modul ComputerScience termasukprogram Coding dan menaik taraf 2,000 kelas menjadi Bilik Darjah Pintar Pembelajaran Abad ke­21
  33. Peruntukan RM2.2 bilion bagi pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan
  34. Peruntukan RM61.6 bilion disediakan untuk sektor pendidikan termasuk RM654 juta bagi membina empat pra sekolah, sembilan pusat PERMATA termasuk dua pusat baharu untuk kanak­kanak autisme, 48 sekolah rendah, menengah dan kolej vokasional serta sebuah pusat matrikulasi

  35. Sebagai permulaan kerajaan memberi pilihan kepada majikan untuk mengambil pembantu rumah asing secara langsung daripada 9 negara sumber, tanpa melalui ejen. Majikan boleh memohon visa pembantu rumah daripada

  36. Jabatan Imigresen secara atas talian dengan bayaran levi dan fi pmprosesan seperti kadar sedia ada

  37. Pengecualian cukai ke atas pendapatan sewaan rumah kediaman sebanyak 50 peratus bagi pendapatan sewa sehingga RM2,000 sebulan

  38. RM1.4 bilion untuk menaiktaraf dan menyelenggara fasiliti, peralatan dan ambulan, termasuk pembinaan dewan bedah di Hospital Muar, Banting & Balik Pulau

  39. RM2.9 Billion – bantuan makanan, buku teks, geran kapita dan biasiswa kecil persekutuan

  40. Peruntukan terbesar RM2.5 bilion bagi tempoh 2 tahun. RM500 juta kepada sekolah­sekolah daif semenanjung Malaysia, RM1 bilion kepada sekolah­sekolah daif Sabah dan RM1 bilion kepada sekolah­sekolah daif Sarawak

  41. RM550 juta (Tabung khas penambahbaikan dan penyelenggaraan sekolah), Sekolah kebangsaan (RM250 juta)

  42. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (RM50 Juta), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (RM50 juta) dan Sekolah Mubaligh (RM50 Juta)

  43. RM1.4 bilion untuk menaiktaraf dan menyelenggara fasiliti, peralatan dan ambulan, termasuk pembinaan dewan bedah di Hospital Muar, Banting & Balik Pulau. Kerajaan juga akan menaiktara perkhidmatan kardiologi dan kardiotorasik di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu danHospital Sultanah Bahiyah Alor Setar

  44. Kerajaan mencadangkan semua pembekalan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak dikenakan GSTberkuatkuasa 1 April 2018 atau 1 Oktober 2018 berdasarkan pilihan PBT. GST sifar ke atas bahanbacaan, meliputi semua majalah, komik, jurnal dan terbitan berkala mulai 1 Januari

  45. Kerajaan sediakan geran sepadan sebanyak RM245 juta di bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik bagi menaiktaraf kemudahan ‘Smart Manufacturing

  46. RM517 juta disediakan untuk rancangan tebatan banjir di seluruh negara

  47. Peruntukan RM4.9 bilion untuk melaksanakan Pelan Induk TVET Malaysia

  48. Peruntukan RM6.5 bilion untuk penyediaan infrastruktur asas terutama di luar bandar

  49. Peruntukan RM1 bilion melalui SKMM bagi membangunkan infrastruktur komunikasi serta kemudahan jalur lebar di Sabah dan Sarawak

  50. Peruntukan RM300 juta untuk program NBOS termasuk pembinaan UTC baharu, Blue Ocean Entrepreneur Township dan Mobile CTC

  51. Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan meningkatkan pengagihan keuntungan kepada pekerja menerusipembayaran gaji dan elaun, secara berperingkat selain menyediakan taska di pejabat utama, dan kemudahanpengurangan waktu bekerja untuk pekerja wanita yang mengandung

  52. Elaun warga emas dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM350 sebulan untuk memanfaatkan hampir 144,000 orang, dengan peruntukan RM603 juta

  53. Elaun Orang kelainan Upaya (OKU) yang bekerja, tidak bekerja dan penjaga OKU dinaikkan sebanyak RM50sebulan yang akan memanfaatkan lebih RM163,000 orang dengan peruntukan RM100 juta

  54. Penjawat awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan akan menerima faedah persaraan seperti pegawai berkhidmat sehingga umur persaraan

  55. Menaikkan kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan daripada 7 hari kepada 10 hari setahundan Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan

  56. Pembinaan 10,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia­PDRM (PPA1M­PDRM)

  57. Mengembalikan wang ses yang telah dibayar peneroka getah yang membuat tanaman semula kelapa sawit, dari 2010 hingga 2016

  58. Peruntukan RM14 bilion untuk Angkatan Tentera Malaysia , hampir RM9 bilion untuk Polis Diraja Malaysia dan lebih RM900 juta kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

  59. Peruntukan RM3 bilion untuk pembelian dan penyelenggaraan aset pertahanan

  60. Peruntukan RM720 juta bagi pembinaan 11,000 ibu pejabat dan enam balai polis serta pembelian kelengkapan senjata api dan kenderaan operasi

  61. Meningkatkan kelayakan cuti bersalin daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kepada maksimum 90 hari setahun

  62. Menaikkan kadar pencen terendah kepada RM1000 sebulan melibatkan lebih 50,000 pesara awam dengan sekurang ­kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan

  63. Bayaran khas one off kepada ketua kampung dan tok batin sebanyak RM1,500 melibatkan 9,800 orang

  64. Bayaran Khas RM1,500 kepada Penjawat Awam, Pesara kerajaan RM750

  65. RM50 juta diberikan kepada Giat Mara untuk membaik pulih dan menyelenggara sistem pendawaian di semua sekolah tahfiz yang berdaftar di seluruh negara

  66. Peruntukan RM250 juta kepada ESSCOM bagi mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan Sabah dan Sarawak

  67. Peruntukan RM2.5 bilion, iaitu yang tertinggi pernah diberikan untuk biasiswa pengajian tinggi dan latihan di bawah MARA PNB membuat pengagihan khas sejumlah RM1.5 bilion unit tambahan

  68. Amanah Saham 1Malaysia untuk masyarakat India, terhad kepada 30,000 unit setiap pelabur

  69. Bantuan sebanyak RM3,000 kepada ibu bapa masyarakat Orang Asli sebagai perbelanjaan persediaan anak­anak mereka memasuki institusi pengajian tinggi

  70. Semua pembekalan perkhidmatan oleh PBT tidak dikenakan GST, berkuatkuasa mulai 1 April 2018 atau 1 Oktober 2018 berdasarkan pilihan PBT

  71. Layanan GST berkadar sifar ke atas bahan bacaan, diseragam dan diperluaskan meliputi semua jenis majalah, komik, journal dan terbitan berkala mulai 1 Januari 2018

  72. Operator kapal persiaran diberi pelepasan GST ke atas perkhidmatan pengendalian yang dibekalkan oleh operator pelabuhan di Malaysia. Pelepasan ini bermula 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2020

  73. Pelepasan GST sepenuhnya diberi ke atas perkhidmatan pembinaan bangunan sekolah dan rumah ibadat, yang dibiayai melalui sumbangan derma yang diluluskan

  74. Pelepasan ini berkuat kuasa bagi kontrak perkhidmatan pembinaan yang ditandatangani mulai 1 April 2017

  75. Pelepasan GST diberi ke atas pengimportan peralatan berkaitan industri minyak dan gas di bawah satu perjanjian pajakan, dibekalkan oleh syarikat yang berada di Kawasan Ditetapkan iaitu Labuan, Langkawi dan Tioman kepada pelanggan di Malaysia, mulai 1 Januari 2018

  76. Pelepasan GST diberi ke atas pengimportan big ticket items, seperti kapal terbang dan kapal laut, oleh syarikat penerbangan dan perkapalan yang berdaftar di Malaysia

  77. Pelepasan GST turut diberikan kepada syarikat di dalam industri minyak dan gas yang mengimport pelantar minyak atau struktur terapung. Langkah ini bermula 1 Januari 2018

  78. Perkhidmatan pengurusan dan penyelenggaraan bangunan kediaman berstrata yang dibekalkan oleh Badan

  79. Pengurusan Bersama dan perbadanan pengurusan yang kini tidak dikenakan GST, diperluas untuk meliputi perkhidmatan pengurusan dan penyelenggaraan yang dibekalkan oleh pemaju perumahan, mulai 1 Januari 2018