RULANTICA – Tarikan Terbaru Europa-Park Dibuka November

TERKINI
April 19, 2019 - 11:03 AM


Sebuah taman tema di Jerman, Europa Park bakal membuka taman tema air terbaru sebagai tambahan kepada taman tema sedia ada mereka yang dinamakan Rulantica Water World pada 28 November tahun ini.

Walaupun pembukaannya pada November, dikhabarkan pengunjung sudah mula membuat tempahan awal tiket kerana kapasiti taman tema tersebut adalah terhad.

Rulantica akan mempunyai 25 tarikan berasaskan air yang menjajikan keseronokan untuk setiap peringkat yang terbahagi kepada 9 zon bertema. Ada bertemakan troll, ada yang bertemakan mermaid dan macam-macam lagi.

Sebagai contoh, Rangnakor – sebuah kota yang ‘didirikan’ oleh ‘penduduk’ Rulantica menurut lagenda yang ingin disampaikan oleh taman tema tersebut. Ia seakan-akan kota yang betul-betul wujud, cuma ia sebenarnya hanya rekaan semata.

Ada juga zon gua ais yang dipanggil Vinterhal dan juga Lumafals – kawasan yang penuh dengan air terjun dan ikan duyung. Selain zon indoor, taman tema ini juga akan mempunyai zon outdoor untuk permainan air dibawah sinaran matahari.

 Sumber : Website | Rulantica | FB

Photo source : Rulantica Website

Nota Editor : Buat masa ini, ada gambar lukisan, konsep dan gambaran luar ia sedang dalam pembikinan… Kalau ada update gambar, kami masukkan.