Rupa Je Cantik, Hati Busuk – Sheeda Serang Ifa Raziah



Penyanyi Ifa Raziah sering terkait dengan kontroversi sehinggakan netizen melabelkan beliau sebagai diva dan perempuan bermulut puaka kerana sering mempunyai kes pergaduhan dengan artis.

Malam tadi, kecoh di Instagram dimana penyanyi dangdut Sheeda menyerang Ifa di tempat letak kereta di sebuah pusat beli belah. Video tersebut sempat merakamkan aksi Sheeda yang sedang mengekori Ifa sebelum berlaku pertelingkahan.

 

Menerusi kapsyen di Instagram, Sheeda nampak jelas tidak berpuas hati dan tidak dapat menahan marahnya kepada Ifa Raziah yang memburuk-burukkan Sheeda.

Namun ada netizen berpendapat yang ini hanyalah gimik. Apa- apa pun, kita tunggu sahaja kesudahan drama ini.