"Saja Provoke Ni!"- Wanita Bertudung Kongsi Tutorial Makan Babi Supaya Jadi Halal

TERKINI
August 30, 2023 - 05:40 PM


Hukum memakan makanan yang haram seperti daging babi adalah haram dan berdosa besar. Rasanya semua umat islam di seluruh dunia tahu akan perkara ini. Umat Islam diwajibkan untuk memakan makanan daripada sumber yang halal dan baik (tayyib)

Bagaimanapun, viral satu video yang membangkitkan rasa marah umat islam. Video tersebut memaparkan seorang wanita memberi tutorial bagai bagaimana untuk memakan daging babi itu secara halal.

Wanita tersebut mendakwa dengan  membaca Bismillah dan diikuti dengan surah al-Fatihah supaya ia menjadi halal.

Malah, dia menegeas berkata tutorial itu dilakukannya bagi individu beragama Islam yang teringin memakan daging berkenaan. Dia turut mengakui bahawa memakan daging khinzir adalah haram menurut al-Quran.

Rupa-rupanya, dia bukan seorang muslim. Seorang pengguna Twitter (@mohamadnasren) tampil mendedahkan bahawa wanita berkenaan merupakan seorang Cindo (Cina Indonesia) bernama Lin Sin Halim, yang sengaja melakukan video itu untuk memburukkan agama Islam.



Ada-ada saja lah mereka yang cuba provok umat islam. Takda kerja dah kot agaknya...

Destination: