Saksikan Rakaman Terbaru Avengers : Infinity War

TERKINI
March 29, 2018 - 10:19 AM


Semakin dekat dengan tarikh pelancaran, semakin banyak rakaman video dilancarkan demi mempromosikan filem terbaru Avengers ini.

Terbaru, rakaman berdurasi 30 saat telah ditontonkan dan sedikit sebanyak menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran peminat tentang plot dan watak superhero yang terlibat.

Lebih menarik, kelihatan watak Guardians of the Galaxy turut menyertai Avengers untuk mempertahankan dunia daripada Thanos – watak jahat yang baru diperkenalkan dalam filem ini.

Selain itu, watak yang paling dinantikan iaitu Spider Man akhirnya membuat kemunculan sebagai ahli Avengers secara rasmi.

Filem terbaru Avengers ini bakal ditayangkan pada 27 April dan setakat ini telah memecahkan rekod pra-tempahan untuk filem. Nampaknya ramai yang tak sabar menantikan filem terbaru Marvel ni...

Sementara nak tunggu penghujung April, jom kita tengok videonya…