“Sama Sahaja Dengan Israel, Dua-Dua Suka Ambil Kesempatan,” Vivy Yusof Buat Hal Lagi?

TERKINI
October 16, 2023 - 02:19 PM


“Sama sahaja dengan Israel. Dua-dua suka ambil kesempatan,”  - Naim Daniel. 

Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel menyifatkan tindakan usahawan, Vivy Yusof yang mengeluarkan produk pakaian dan barangan eksesori bertemakan Palestin sebagai mengambil kesempatan atas penderitaan rakyat itu.

Dia berpendapat penjualan barangan di bawah jenama Duck itu adalah tidak sensitif dan bercanggah dengan konflik yang sedang dialami rakyat Palestin.

Sehubungan dengan itu, Pemilik jenama dUCK, Vivy Yusof tampil memberi penjelasan terhadap beberaoa isu yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak terhadap produk terbarunya.

Vivy menerusi IG story, memaklumkan, bahawa syarikatnya sama sekali tidak akan mengambil sebarang wang hasil pembelian pelanggan menerusi koleksi dUCK Palestin.

Menurutnya, semua keuntungan yang diperolehi akan disalurkan terus ke organisasi bukan kerajaan (NGO) Viva Palestina Malaysia (VPM) bagi membantu dari segi hospital, bekalan perubatan, tempat perlindungan dan makanan di sana.

Malah, beliau juga menegaskan bahawa tiada pembayaran balik cukai dengan jualan amal yang dibuat menerusi koleksi dUCK Palestin seperti yang didakwa ramai. 

Perkara ini boleh disahkan bersama Viva Palestina Malaysia sendiri.

Tambah Vivy, pengeluarannya koleksi khas ini adalah atas permintaan orang ramai yang mahu memakainya sebagai tanda solidariti kepada Palestin.

Malah, dengan mereka memakainya, ia boleh menambah kesedaran berhubung konflik yang berlaku di sana dan memberi sokongan kepada Palestin.