Samakan Ambuyat Dengan Kahak, Instafamous Ini Dikecam Lagi!

TERKINI
February 20, 2019 - 06:37 PM


Kehidupan instafamous ini boleh dikatakan dah macam kehidupan artis, apa yang dibuat menjadi perbualan orang di sekeliling. 

Terbaru gara-gara menghasilkan video mengenai makanan tradisi Brunei dengan menggambarkan ia ‘seperti kahak’, seorang Instafamous yang sebelum ini tular kerana sering membuat kejutan terhadap pasangannya teruk dikecam.

Ia turut membangkitkan kemarahan orang ramai kerana makanan yang dinamakan ‘ambuyat’ itu juga sangat sinonim dengan masyarakat di Sabah dan Sarawak termasuk Labuan.

Ambuyat sejenis makanan tradisional bagi kaum Brunei dan Bisaya, malah hidangan yang diperbuat daripada sagu rumbia ini turut dijadikan sajian utama selepas nasi. “Ambuyat challenge (cabaran).

Ini ambuyat... macam telan kahak,” kata Haz Mahamad menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagramnya pada Isnin.

Video yang tular itu menunjukkan isteri Haz, Nursyafiqah Aina Abdul Wahab dicabar memakan ambuyat tetapi mengalami kesukaran untuk menelannya kerana saiz makanan itu terlalu besar, dan segelintir netizen melihat seolah-olah isterinya itu geli memakannya.

Disebabkan, beliau dikecam teruk oleh netizen yang dianggap menghina makana tradisi Brunei.

Walaubagaimanapun, beliau meminta maaf dan katanya tiada niat untun menghina, malah menjelaskan bahawa ia dirakamkan bagi melihat reaksi isterinya merasai makanan tradisi itu kerana selama ini laman sosialnya lebih banyak berkongsi momen-momen mereka sebagai suami isteri.

“Kalau ada yang salah faham daripada video tersebut, saya minta maaf. Saya tiada niat untuk menghina makanan tradisi itu, sebaliknya mahu memperkenalkannya kepada orang ramai.

“Bila kita posting memang macam-macam pendapat orang. Tapi kalau orang nak kecam saya, masih lagi boleh terima tapi jangan membabitkan Aina isteri saya, keluarga saya termasuk anak yang dikandung Aina.

Apapun, kami boleh katakan persekitaran hidup sekarang sememangnya agak mencabar, orang ramai boleh keluarkan pandangan secara terus tanpa perlu ditapis.