Sampai Macam Tu Sekali Gelagat KJ Bila Jumpa Syed Saddiq

TERKINI
October 15, 2018 - 03:42 PM


Sekali lagi menjadi bualan Netizen apabila gelagat Khairy Jamaluddin menjadi tumpuan di media sosial. Tingkah laku KJ yang seakan-akan tidak sudi bersalam dengan YB Syed Saddiq kini hangat diperkatakan. 

Kejadian ini berlaku semasa menyambut kepulangan atlet para yang mewakili Malaysia di sukan Para Asia Jakarta. Dengan berakhirnya sukan Para Asia atlet Malaysia berjaya membawa pulang 17 pingat emas, 26 pingat perak dan 25 pingat gangsa.

Gaya yang ditunjukkan YB Khairy Jamaluddin sekaligus telah menimbulkan tanda tanya bagi orang ramai yang secara tidak langsung menjemput para netizen membuat pelbagai andaian.

Antara andaian yang kerap dikongsikan netizen adalah pendedahan yang dibuat YB Syed Saddiq mengenai fasiliti Akademi Mokhtar Dahari yang penuh dengan cacat cela yang sekaligus menunjukkan kelemahan YB Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Walaubagaimanapun, beliau nampak begitu bangga dengan semangat patriotik dan kesukanan yang ditunjukkan oleh para atlet lagi-lagi Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yang berjaya mencipta rekod terbaru dunia dalam acara 100m T36 lelaki.

Difahamkan Mohamad Ridzuan Mohamad Puji sanggup meneruskan larian meskipun tidak begitu cergas. Lebih menyayat hati apabila beliau mengatakan kejayaan yang diperolehinya ditujukan kepada Mantan Menteri Belia dan Sukan iaitu YB Khairy Jamaluddin.

Apapun kita kalau nak maju kehadapan tak perlulah jadikan perbezaan politik mempengaruhi hubungan kita. Kalau asyik bergaduh je tentang politik bila kita nak maju?