"Satu Malaysia Kena Scam!" - Lelaki Hilang Lepas COD iPhone Rupanya Lari Dari Hutang

TERKINI
October 09, 2023 - 06:06 PM


Punyalah risau satu Malaysia bila dikhabarkan seorang lelaki  'hilang' selama empat hari ketika membuat urusan penjualan telefon bimbit sebelum ditemui selamat didapati menyembunyikan diri daripada pemungut hutang.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia berdasarkan rakaman keterangan yang dilakukan selepas lelaki berusia 27 tahun terbabit tampil membantu siasatan.

Beliau berkata, lelaki itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi memberikan keterangan, semalam.

"Pemeriksaan mendapati mangsa dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kejadian berlaku ke atas dirinya.

"Sebenarnya dia melarikan diri atau menyembunyikan diri daripada pemungut hutang," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hussein dilaporkan berkata, polis gagal menghubungi atau mengesan keberadaan mangsa dan juga tunangnya buat masa ini.

Beliau dipetik berkata, polis cuma dimaklumkan berkaitan kes orang hilang yang dilaporkan di Balai Polis Pantai, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields dan mangsa sudah kembali kepada keluarganya.

Katanya, polis sedang berusaha berhubung dengan mangsa untuk mengetahui kejadian sebenar yang berlaku.

Destination: