“Saya Tak Sangka Gambar Saya Tersebar Ke Dalam Group Bukan-Bukan…”

TERKINI
January 25, 2018 - 12:51 PM


Ibu-ibu mengandung diminta jangan ghairah sangat nak berkongsi gambar ‘baby bump’ anda di media sosial. Menurut laporan di NST, perbuatan anda itu akan mengundang lelaki yang ada keinginan terhadap ibu mengandung.

Mereka dikenali sebagai maiesiophilia ataupun mereka ‘teransang’ terhadap ibu mengandung.

Lebih membimbangkan lagi, terdapat group di Facebook yang ada ‘koleksi’ gambar ini dan jumlah group yang ada adalah hampir 100 dan mereka tidak sekadar berhenti di Facebook, malah ada juga group di whatsapp dan juga telegram!

Menurut salah seorang mangsa, gambar perkongsian ‘baby bump’ nya telah disalahguna oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan telah menyebarkan gambar tersebut. Walaupun tidak menampakkan sebarang bahagian tubuh badan, wanita tersebut mendapati gambarnya telah tersebar.

Usaha untuk meminta supaya gambar tersebut dipadamkan di Facebook oleh individu dan admin group tersebut tidak diendahkan walaupun laporan polis telah dibuat.

Walaubagaimanapun, Facebook telah menyekat akses dan blok group terbabit.

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia Dr Ahmad Rostam Md Zin berkata maiesiophilia adalah penyakit mental yang merupakan keinginan seksual yang tidak normal seperti pedophilia, zoophilia dan necrophilia.

Menurutnya, sukar untuk mengenal pasti penghidap maiesiophilia, oleh itu dia menasihatkan wanita agar berhati-hati di kawasan awam dan sentiasa berjaga-jaga terhadap persekitaran mereka termasuk di ruang siber.

Tambahnya lagi, "Kami faham bahawa kita menghadapi pesakit maiesiophilia yang mempunyai ketagihan seksual yang aneh.

"Mereka didorong oleh hawa nafsu dan tidak peduli dengan privasi anda Jika anda menghadapi penderaan seksual atau mengesan gambar anda disalahgunakan, sila membuat laporan dengan pihak berkuasa dengan segera dan menyebarkan kesedaran tentang penyakit ini kepada orang ramai," katanya.

 

Sumber : NST