Sedih Rintihan Seorang Ayah Yang Kehilangan Anak Di Tangan Kekasih Ibu

TERKINI
April 20, 2018 - 01:41 PM


Hari ni viral tentang kisah sedih seorang ayah yang kehilangan anak akibat di dera kekasih ibu sendiri. Paling perit anak yang tidak berdosa ini di dera sehingga pecah usus. Bapa mana yang tak terkilan dengan pemergian anak dalam keadaan begitu. 

Di petik dari facebook ayah anak ini iaitu Hans Van Djik, ramai netizen juga terasa pilu dengan kejadian ini. 

Dipukul dengan objek tumpul sehingga patah tulang rusuk dan pecah usus, itu penderitaan yang ditanggung kanak-kanak 6 tahun, Mohamad Rayyan Hidayat Hairil Khan, sehingga menemui ajal akibat disyaki didera oleh teman lelaki ibunya.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu terbongkar selepas pakar patologi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar menjalankan bedah siasat ke atas jenazah kanak-kanak malang itu, semalam.

Sementara itu, bapa mangsa, Hairil Khan Azali, 32, berkata beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas dihubungi anak saudaranya pada Rabu.

“Rayyan dibawa ke hospital pada malam Selasa dan meninggal dunia beberapa jam kemudian.

“Saya hanya mengetahui dia dipercayai didera selepas laporan forensik yang dikeluarkan Hospital Sultanah Bahiyah pada 8 malam, semalam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hairil berkata, kali terakhir dia bertemu dengan anaknya sekitar bulan lalu dan ketika itu keadaannya masih sihat.

“Saya berpisah dengan bekas isteri sejak tiga tahun lalu. Saya kerap berjumpa dengan Rayyan sebelum ini kerana dia tinggal dengan bekas mentua di Kampung Abi, di sini.

“Namun, sebulan lalu saya tidak dapat berjumpa dengannya selepas bekas isteri membawa Rayyan keluar dan tinggal dengan kekasihnya.

"Tetapi saya tak tahu di mana mereka tinggal kerana bekas mentua saya pun tidak dimaklumkan,” katanya.

Menurutnya, jenazah anaknya selamat dikebumikan tengah malam tadi Tanah Perkuburan Islam Kampung Abi Tok Hashim.

 

Semoga brader ni tabah dan kuat menempuh ujian yang getir ini. Al-Fatihah...

-KeN