Selepas Panas Dengan Kontroversi, Syed Abdullah Dikatakan Sudah Putus Dengan Emma Maembong?

TERKINI
February 10, 2019 - 02:02 PM


Kontroversi yang melanda Syed Abdullah dan Emma Maembong nampaknya menjejaskan hubungan tersebut apabila kedua-dua mereka bertindak memadam foto-foto bersama yang dimuat naik di laman sosial. Sejak Sabtu, foto dan video yang dimuat naik oleh Emma bersama abang kepada Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika bercuti bersama-sama sudah dipadamkan di laman sosial masing-masing.

Bagaimanapun, selepas beberapa jam Syed memaparkan kembali foto-foto tersebut di laman sosial miliknya itu. 

Sementara itu, kedua-dua mereka sudah tidak mengikuti laman sosial Instagram masingmasing. Selepas mengumumkan tidak bertudung pada Rabu lalu, Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 27, memuat naik beberapa foto dan video beberapa sesi fotogra akhbar dengan imej baharunya. Biarpun masih menerima kecaman, dia tidak menutup ruangan komen dan membalas komen-komen netizen.

Ramai di antara mereka juga turut menasihatkan Emma agar tidak terlalu galak memuat naik gambarnya yang tidak bertudung di Instagram buat masa ini sehingga keadaan yang panas menjadi reda. Emma turut dilihat membalas hampir semua komen yang ditinggalkan kepadanya sebagai tanda penghargaan atas doa mereka buat dirinya. Pada akhir Januari lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan penyebaran foto tidak bertudung dan berpakaian seksi pelakon itu bersama kekasihnya di laman sosial. Ekoran kontroversi itu, Emma membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung atas kehendaknya sendiri. -Mstar